ASAL USUL BOLA JARING
Asal Usul Bola Jaring dan Perkembangannya B ola jaring ( netball ) adalah satu permainan yang direka oleh dan diubahsuai daripada permainan bola keranjang. Ia mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1891 oleh Dr. James Naismith. Pada tahun 1895, Dr. Isles dari Amerika Syarikat melawat sebuah maktab pendidikan jasmani iaitu Madame Bergman Osterberg’s Physical Training College di Hampstead, London dan telah mengajar permainan bola jaring di sana. Di Hampstead, permainan ini dimainkan di gimnasium dengan menggunakan dua buah bakul sampah yang digantung di hujung dinding sebagai gol dan dinding gimnasium sebagai garisan. Justeru, bola tidak keluar dari kawasan permainan.